Alamat

Alamat

Pengenalan

Pusat IMP atau dikenali sebagai IMP Centre merupakan sebuah Pusat Rujukan Setempat bagi aktiviti-aktiviti Sekretariat Komuniti IMP. Ditubuhkan pada akhir tahun 2012, pihak pengurusan IMP Centre berazam untuk menyebarluaskan maklumat dan keilmuan mengenai IMP kepada masyarakat awam secara khususnya.


Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti :

  • Persijilan IMP 
    • Menawarkan perkhidmatan perundingan persijilan IMP untuk usahawan-usahawan yang berminat untuk mendapatkan Persijilan IMP bagi organisasi mereka dan produk-produk keluaran mereka.
    • Mengadakan kelas, kursus dan seminar berkaitan dengan IMP bagi tujuan pemahaman masyarakat awam mengenai kepentingan IMP didalam kehidupan seorang Islam secara keseluruhannya.
  • IMP Souq 
    • Menjual produk-produk makanan,minuman dan kosmetik Halal yang berstatus IMP.

  • Pusat Rawatan dan Pemulihan Al Munawah
    • Menawarkan perkhidmatan Terapi :
      • Jasmani
      • Rohani; dan
      • Dadah
  • Pertubuhan Seni Panji Hitam
    • Mengadakan kelas dan latihan seni mempertahankan diri melalui latihan dan aktiviti memanah, berenang dan berkuda.