Alamat

Alamat

Wednesday 13 February 2013

Pelancaran IMP Souq - Pusat Jualan Produk-Produk IMP

AMPANG : Sebuah Pusat Jualan produk-produk IMP yang diberi nama " IMP Souq" telah diwujudkan di Ampang, bertempat di Menara MPAJ, Pandan Indah, Kuala Lumpur. IMP Souq diwujudkan dengan bertujuan menjadi pusat pameran dan pusat jualan setempat bagi produk-produk yang berstatus IMP.
Orang ramai dijemput untuk hadir ke IMP Souq bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung dengan produk-produk yang dijual di IMP Souq serta untuk mendapatkan informasi terkini mengenai Sekretariat Komuniti IMP.
Kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk mempamerkan produk dan menjualkan kepada orang ramai boleh menghubungi Pegawai Pemasaran IMP Centre, Encik Muhammad Aizuddin di talian 016 - 523 1954 atau emelkan kepada beliau sekiranya terdapat sebarang pertanyaan di aizuddinzamrin@gmail.com.