AMPANG : "SEMINAR PENGENALAN IMP " yang julung kali diadakan pada 7 Mac 2012 bersamaan 24 Rabi'ulakhir 1434 bertempat di IMP Centre, Menara MPAJ telah berjaya menarik minat beberapa syarikat untuk turut serta hadir bagi mendengar dan memahami IMP dari lebih dekat. Antara peserta-peserta seminar yang hadir adalah dari syarikat Natural Prebiotic Sdn Bhd dan Sidratul Corporation Sdn Bhd serta ahli-ahli sukarelawan Sekretariat Komuniti IMP.
Tujuan utama "SEMINAR PENGENALAN IMP " adalah untuk memantapkan keilmuan dan pengetahuan Am Usahawan-Usahawan IMP mengenai IMP atau Islamic Manufacturing Practice dari perspektif yang lebih luas, dan tidak terhad hanya kepada amalan pengilangan itu sendiri.
IMP - Islamic Mankind Practice
Menurut Tn.Hj. Nordin, Ketua Jabatan Komplians dan Syariah Sekretariat Komuniti IMP, beliau menyatakan bahawa IMP bukan hanya memberi maksud Islamic Manufacturing Practice sahaja atau Amalan Pengilangan Secara islam, malah ia meliputi "Islamic Management Practice atau Amalan Pengurusan Secara Islam", Islamic Marketing Practice atau Amalan Pemasaran Secara Islam" dan juga "Islamic Medical Practice atau Amalan Perubatan Secara Islam". Ringkasannya, IMP merupakan suatu kaedah atau panduan bagi amalan seorang manusia itu sediri sebagai seorang Islam didalam amalan seharian yang diniatkan sebagai ibadah.
Peningkatan Kualiti Perkhidmatan dan Produk
"Seminar Pengenalan IMP " untuk siri yang seterusnya akan diadakan pada pertengahan Bulan 4 (Sila rujuk disini) yang dijangka akan dihadiri lebih ramai peserta-peserta dari pelbagai syarikat sama ada usahawan yang terlibat secara langsung mahupun yang tidak langsung dengan Sekretariat Komuniti IMP. Pihak IMP Centre dan juga pihak Sekretariat Komuniti IMP mengharapkan agar seminar-seminar yang dianjurkan oleh pihak IMP Centre dan Sekretariat Komuniti IMP akan dapat membantu usahawan-usahawan didalam memperkemaskan lagi dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan produk usahawan-usahawan. Insyaallah.
_________________________________________________________________________________
Editor :
Muhammad Aizuddin Mohd Zamrin
Setiausaha Sekretariat Komuniti IMP / Eksekutif Perancangan Perniagaan, IMP Centre